Isnin, 17 November 2014

10 AMALAN YANG MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA

10 AMALAN YANG MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA!!!

#Pertama :

Berusahalah untuk bertahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Solat Tahajud biasanya dilakukan semasa Qiamullail. Ibadah Qiamullail adalah kebiasaan para salaful soleh dan syiar para kekasih Allah SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis :

“ Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana qiamullail adalah kebiasan orang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan diri kepada Allah SWT, menghapuskan dosa dan megusir penyakit daripada tubuh.”
( Riwayat At-Tirmidzi)

Solat malam merupakan ibadah yang paling afdal kerana ia lebih mendekatkan diri kepada rasa keikhlasan dan menjauhkan diri daripada riak. Latihan ini sangat baik untuk mendidik diri agar sentiasa bersih, jernih dan suci!



#Kedua :

Melazimi membaca Al-Qur’an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari kerana ia merupakan sumber ketenangan seorang mukmin muslim.

Al-Quran adalah motivasi terulung bagi seorang mukmin. Anda percaya?Ya. Ia merupakan pengerak dan dinamo utama kepada energi kekuatan seorang insan untuk melaksanakan segala bentuk kebaikan dan mencegah kemungkaran.


Tegas Allah SWT dalam Firmannya yang bermaksud :
“ Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menajdi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
(Al-Isra 17 : 82)

Dan satu ungkapan yang menarik yang diucapkan oleh Saidina Uthman Bi Affan RA : “ Sekiranya hatimu itu suci, nescaya tidak akan kenyang (puas) dari firman Rabbmu ( Al-Quran).”

#Ketiga :

Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh.

Solat.Ia merupakan talian hayat utama bagai seorang hamba kepada Tuannya.
Solat menghubungkan jiwa, ruh dan hati seseorang insan terus kepada RabbNya. Kesempurnaan solat akan memberi pelbagai bentuk suntikan tenaga yang mampu menggerakan dan melonjakan produktiviti serta amal proaktif semua insan.

Kesempurnaan solat terletak kepada kekhusyukan dan aspek-aspek yang menyempurnakannya.
Dengan khusyuk, terbukalah kunci-kunci pintu hati, bersinar serta terserlahlah cahaya keimanan di dalam hati. Dengan ini seseorang akan merasai kemanisan iman di dalam jiwanya.

Solat menjadi kecintaan dan kerinduaannya kerana ia mendapat manfaat bersama ibadah solat.
Sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda :

“ Dan dijadikan mataku sejuk dalam solat.”
( HR Nasai)

#Keempat :

Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Rasulullah SAW bersabda :
“ Pada tiap-tiap pagi ada kewajipan ke atas setiap orang perseorangan (individu) untuk bersedeqah, dan cukuplah menggantikan semuanya dengan mengerjakan dua rakaat sunat Dhuha.”
( Riwayat Abu Dzar RA)



Sejujurnya, kita akan merasai kelainan yang berbeza dalam menjalani kehidupan seharian apabila solat sunnat ini telah menjadi malakah (darah daging) kita. Rasa janggal kalau termiss atau tertinggal walaupun sehari.

#Kelima :

Sentiasa bersedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman kerana ia penyubur kasih sayang.

Sedeqah adalah amalan yang sangat mulia. Ia membersihkan diri daripada sifat-sifat yang mazmumah dan menyuburkan sifat kasih sayang dalam diri manusia. Dan ganjarannya di sisi Allah SWT amatlah besar dan lumayan.

Allah SWT berfirman :
“ Perumpamaan orang-orang yang menafqahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas ( kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
(Al-Baqarah 2 : 261)

#Keenam :

Sentiasa memelihara wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu’.

Imam Al Banna selalu berpesan kepada sahabat-sahabatnya : “ Bahawa Rasulullah SAW bersabda :” 
Wudhuk adalah senjata mukmin, kerana itu setiap Ikhwan mengambil berat soal memperbaharui wudhuk apabila terbatal walaupun di kala malam yang dingin menusuk tulang.”

Saidina Umar Al-Khattab RA : “ Sesungguhnya wudhuk yang baik, mengusir syaitan dari dirimu.”

#Ketujuh :

Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.

Apa itu istighfar? Maknanya : Proposal atau “ Permohonan Ampunan kepada Allah SWT.”
Istighfar ini menunjukan kemampunan seseorang untuk mengenali kesalahan, dosa, dan kemaksiatan yang telah dilakukan. Kemudian, muncul perasaan menyesal dan tekad yang kuat untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.

“ Dan bersitighfarlah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Al-Muzamil 73 : 20)

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada kita, sabda baginda :
“ Sesungguhnya hatiku selalu lupa, padahal aku beristighfar kepada Allah dalam sehari sebanyak seratus kali.”
( HR Muslim dan Abu Daud)

#Kelapan :

Perbaharui azam dan tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT

Saban hari, pastinya jiwa dan hati kita akan diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai bentuk ujian dan cabaran. Dan semestinya, jiwa kita itu harus disegarkan dengan memperbaharui azam dan tekad agar ia tidak layu dan kendur.

Terus bersemangat dan mengobarkan cita-cita serta harapan adalah ciri yang harus pada ada seorang yang ingin melaksanakan tugas yang berat ini. Iaitu tugas mendaulatkan deen Allah SWT. Dengan sedikit kemampuan yang Allah SWT berikan kita boleh menyebarkan syiar Islam melalui pelbagai wasilah dan cara dengan kadar kepakaran serta kebolehan yang kita miliki.

#Kesembilan :

Sentiasa ceria, bermanis muka dan berfikiran positif kerana itulah watak sahsiah seorang mukmin sejati.

Rasulullah SAW mengalakan agar budaya senyum itu dihidupkan oleh para sahabat dengan ungkapannya : “ Senyum itu adalah sedekah.”

Senyuman itu akan membahagiakan sesiapa sahaja yang melihat kita dan pastinya ia akan membenihkan bibit-bibit kasih sayang di dalam jiwa manusia. Sahsiah inilah yang harus dihidupkan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni hidup berkasih sayang di bawah naungan Islam.

Seharusnya juga, seseorang mukmin memelihara kesentiasaan positif dan meninggalkan pengaruh yang baik terhadap individu disekitarnya.

Imam Al-Banna berkata : “ Orang soleh sentiasa meninggalkan pengaruh yang positif di mana pun ia pernah berada.”

#Kesepuluh :

Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT.

Ikhlas adalah ibadah hati yang pertama, terpenting, tertinggi dan merupakan asas utamanya. Firman Allah SWT :

“ Dan mereka tidak diperintahkan, selain untuk beribadah kepada Allah SWT mengikhlaskan agama hanya untuk-Nya dengan penuh ketundukan.”
( Surah Al-Bayyinah 98 : 5)

Ibnu Qayyim berbicara mengenai ikhlas : “ Ikhlas adalah menjadikan Allah SWT sebagai matlamat dalam melakukan ketaatan, iaitu anda memiliki matlamat hanya pada Dia sahaja, bukan kepada selain-Nya.”

Penutup : Agar Jiwa Kita Sentiasa Terisi

Andaikata sudah lama kekosongan jiwa kita terlopong tanpa apa-apa sentuhan, maka marilah kita isinya dengan Super 10 ini. Ia akan benar-benar menjadi dan berkesan apabila kita sendiri yang melaksana sebagai agenda serta amalan kehidupan kita.

Ayuh, rakan-rakan – kita menjadi 10 amalan ini sebagai kekuatan diri kita dalam rangka menjadi hamba Allah SWT.

~~~Copy&Paste~~~
P/S: INSYAALLAH…Berusahalah wahai diri… Selamat BERAMAL :)

Isnin, 14 Januari 2013

BELAJAR DARI SEORANG BAYI


Belajarlah...!

Apakah kita kalah dengan seorang bayi???
Apakah anda memperhatikan bahwasanya seorang bayi 

saat dia berusaha untuk bisa tengkurap, merangkak, 
bahkan saat mereka ingin sekali bisa untuk berdiri dan berjalan, 
apakah anda tau bahwasanya mereka tidak pernah menyerah
untuk dapat melakukan smua itu

agar mereka bisa berjalan sendiri,

Apakah kita kalah dengan seorang bayi?
Saat kita jatuh atau mendapat cobaan,
apakah kita sudah berusaha untuk bangkit kembali 

memperbaiki semua agar kita dapat kembali
bangkit dan berjalan???.


Janganlah kita malu untuk belajar dari seorang bayi,,, :)

Ahad, 13 Januari 2013

~YA ALLAH..TOLONG BERITAHU DIA...~




Saat saya publish entri ini,ada seungkap nama terucap dalam hati..

Ya Allah,beritahu dia tentang ini,tentang isi hatiku juga..
Sungguh aku tunggu saat kami disatukan dalam ikatan yang sah..
Jauhkan kami dari perkara yang mendekati zina..
Satukan hati kami dalam mencintaiMu dan RasulMu Nabi Muhammad SAW..
Dekatkan hatinya dengan hatiku,
Tingkatkan imannya dan imanku..

Saya tak mahu bersama kamu sehingga mati

Saya mahu bersama kamu hingga ke syurga nanti!

*Apabila dua hati mengingati Yang Satu,maka mudahlah mereka bersatu*


Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..

"Jodoh Itu akan dapat di rasa dengan KEHADIRAN Seseorang Itu Yang Membuatkan Kita Merasa LEBIH TENANG, LEBIH BERTAMBAH AMAN, Malah LEBIH TINGKATKAN KEIMANAN" [Ustaz Don]


"Kadang-kadang manusia tersalah menganggap cintanya kerana Allah padahal percintaannya menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan drpd pencipta makhluk itu sendiri.Allah diketepikan.Mungkin matlamatnya dah betul dan jelas,tapi jalannya tidak sesuai dgn syariat.Bukan senang nk bermujahadah apabila hati sudah terpaut."-Seindah Mawar Berduri[Ustazah Fatimah Syarha]


*Dengan bercinta selepas nikah,syariat tetap terpelihara*


Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

P/s : Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..Moga pesananku sampai padanya ..Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..Simpanlah pesanan ku ini sehingga kamu bertemu diriku suatu hari nanti… :')

" HasbunAllah wa ni'mal-wakil "